
Semalam aku alami kerugian yang amat besar. Lebih 50% dari margin aku telah hilang. Dari Usd122 to Usd43. Aku telah loss USD79.00.
Kerugian asal adalah USD40.00 tetapi disebabkan mahu cover kembali kerugian tersebut,maka aku telah menggunakan 1.00 sebagai timbal balas. tapi semuanya hancur.
Antara penyebab aku rugi:
1.Margin USD122. Pada aku margin tu sudah cukup besar tetapi tidak rupanya.Sebelum ni Lot yang ditrade adalah 0.01-0.05 sahaja. tetapi semalam aku sudah guna 0.10-1.0 Lot
2.Tak guna stop loss. biasanya aku akan guna stop loss bila dah profit 12pip. tapi semalam semua post dah masuk 30pip profit tapi aku tak pasang stop loss.
3.Tak tengok signal. Apa yang aku HARAPkan trend down lagi sedangkan signal wiseman 1 dah muncul begitu juga divergen pun dah ada. walaupun pada tf kecil kene ambil kira jugak.
4.Taktik kotor Broker. InstaFX ni pon kotor jugak. kalau kite trade guna lot kecik tak der masalah nak open dan close position. Bila guna 1.00 nak close post punye lah susah. dari yang dah profit hinggalah loss balik. hampes.
5.Kalau dah Loss jangan trade lagi. jangan cuba2 nak cover semula margin yang dah rugi tu. Sebab pada ketika ini emosi tu mmg tak stabil. Margin (Duit) yang tinggal tu rasanya macam nombor yang tak bernilai aje. So perlu fikir betul2 Kite Trade Duit Betul sekarang ni. bukannya main2.
Aku harap tak akan ulangi lagi kesilapan yang sama pada masa hadapan.
Aku tetap trade pada lot 0.01-0.05 aje. walaupun lambat buat profit tapi graf makin meninggi.
SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT Jangan sesekali badingkan performance orang lain dengan kite. orang lain guna modal besat wat trade, kite modal ciput jer. So cukuplah apa yang kite dah dapat tu. jangan tamak, jangan nak cepat dapat duit. Rezeki akan tetap datang suatu hari nanti.
Insyallah.